Followers

Mimpi Lagi..

Bismillah.. Assalamu'alaikum wbt!!

Malam tadi, mimpi dia lagi.. H.. ya Allah, apakah ini?? 
Argghh penatnya rasa.. Asyik duk teka jer.. Orang tu kah? Orang ni kah? Dia kah jodoh aku? Aduhaii.. Penat.. 

Bila kadang hati ni terasa selesa tanpa memikirkan pasal jodoh, mula la mimpi2 seperti ini muncul, tertengok gambar orang yang aku tak nak ingat contohnya ex-boyfriend, dan sebagai nya, yang membuatkan hari-hari aku disapa kerisauan kerana meningkatnya usia tapi masih kesorangan.. next week my birthday.. huuuu..

Dengan TS, macam tak de harapan jer.. Banyak kali aku cuba beritahu hati ini, jangan telalu mengharap, nanti kecewa. But my heart won't listen to me.. Aku dapat tahu yang dia penyabar orangnya.. Alahai, lagi lah hati ni tak dengar cakap.. Masih jugak berharap.. ya Allah, permudahkanlah jalan untuk aku bertemu jodoh yang baik.. Kau bagilah aku dapat keluarga mertua yang baik, ipar duai yang baik, yang boleh anggap aku macam adik beradik mereka, macam ahli keluarga mereka. Aku akan cuba jadi isteri yang sebaik mungkin.. Aku akan cuba ubah segala kekurangan.. Tolonglah.. Aku merayu..

Perasaan Tidak Cukup

Assalamu'alaikum wbt

Kenapa semua orang berkejar-kejar mahukan kekayaan? Buat side income.. Katanya nak berjaya, nak jadi kaya.. Padahal bagi aku, duit gaji yang diterima suami isteri dah lebih dari cukup.. Ape lagi yang perlu? Adakah kerana sifat tamak? Atau mengikut sunnah Nabi Muhammad iaitu berniaga? Atau aku sahaja yang merasakan benda tu tak penting?

Pagi tadi, terdengar ceramah pagi di Radio Asyik FM.. kata ustaz tu, sifat atau perasaan cukup itu yang akan buat kita bahagia.. Kalau kita ada perasaan cukup dalam hati & diri kita, kita tak akan mengejar duniawi, kita tak akan ada hasad dengki dengan apa yang orang lain miliki.. Sebab selagi perasaan tak cukup tu ada dalam diri kita, dalam hati kita, selagi tu la kita tak akan rasa bahagia.. rasa nak lagi, nak lagi.. tak pernah rasa cukup.. Ustaz cakap bahaya kalau ada perasaan/sikap tak cukup ni.. boleh buat kita jadi stress.. kerana kita asyik fikir untuk cari jalan macam mana untuk nak dapat lebih bagi.. 

Alhamdulillah.. aku rasa ape yang aku ada sekarang lebih dari cukup.. Dengan duit gaji aku ni, aku boleh bagi pada ma abah, mampu bayar hutang/loan, mampu simpan sikit & ada portion untuk buat kebajikan spt bagi sedekah, belanja ahli family makan kdg2, dsb.. Cukup lah.. Apa lagi yang aku perlukan.. Rasanya dah complete.. Sebab tu aku tak de niat nak buat business atau perkara lain.. 

Alhamdulliah.. terima kasih Allah kerana masih lagi guide aku dari ada perasaan tak cukup atau tak puas.. Terima kasih.. Luv You Allah..

Anak Ke 4

Assalamu'alaikum wbt

Ciri-ciri anak ke 4..


Banyak yang match dengan diri aku.. Emm cuba tgk.. Haa rasanya hanya no 5, 8, 14 & 15 je yang x match .. 
Well, no 4 & 8 tu of course la x ngam.. Memang aku ni bukan jenis suka perhatian.. Kalau jalan nak gi ofis atau balik ofis, aku x suka lalu jalan dalam (lalu jalan stesen bas).. Segan bila kita jalan, org duk pandang terutamanya org lelaki.. org lelaki ni, ape yang dipandang tak sama dengan ape yang ada dalam kepala.. Itu yang aku tak suka lalu jalan dalam.. Aku lebih suka lalu jalan luar (jalan belakang setesen bas).. Walaupun kena lalu tempat buang sampah, bau busuk, never mind.. boleh je.. tak ada masalah.. aku happy.. 

Ok bye!! 

Tahlil

Assalamu'alaikum wbt..
Lebih kurang 2@ 3 minggu lepas, dikejutkan dengan berita kematian isteri tok ayah (atuk kak ipar ku).. meninggal pada jam lebih kurang pukul 1 pagi.. akibat denggi berdarah... lebih kurang pada pukul 9 pagi esoknya, Raifa Nabila lahir.. 

Esok mok (mak kak ipar) nak buat tahlil.. buat dekat rumah Mok La (mak sdare kak ipar), cuma masak kat rumah mok.. Nanti dah siap masak, bawak makanan pergi rumah Mok La.. 

Aku terdengar mok duk bincang dengan kak fida pasal nak buat tahlil ni beberapa hari lepas masa mok datang bertungku kak fida.. sejak tu, aku memang berniat nak hulur sedikit wang sekadar yang aku mampu..

Petang tadi aku naik rumah mok, jumpa mok.. Nasib baik orang lain xda masa tu.. So senang la prosesnya.. jumpa mok kat dapur.. Rupanya mok dah pergi beli barang-barang utk masak esok.. Jadi aku cakap x apelah kalau dah beli barang.. Aku pun hulur duit.. Mula-mula mok x nak ambik.. Lepas tu aku cakap duit ni mmg aku dah niat nak bagi.. Mok pun ambik..

Alhamdulillah.. walau x banyak, aku harap duit tu berguna & membantu.. Aku senang buat amal begini.. Amalan begini buat aku tersenyum bila aku melakukannya.. Tak ada rasa terbeban.. ya Allah, pahalanya aku sedekahkan untuk abah, ma aku & untuk diriku sendiri.. 

Aku tak harap balasan.. Cukup lah mereka mendoakan yang baik-baik untuk aku.. Sentiasa sihat, murah rezeki, bahagia & bertemu jodoh yang baik-baik.. Aminn.. :)

Salam Maghrib

Tagged

Assalamu'alaikum wbt

Aku tak tahu kenapa jadi macam ni.. Aku tagged diri sendiri pada gambar tu supaya ada dalam koleksi picture di wall aku.. 

First tagged, bila dah selesai, nama ku jadi ada pada muka dia.. Aku cancel, remove tagged.
Then try buat lagi.. Memang aku betul2 klik atas muka aku kot.. Tapi still lagi jadi macam tu.. Bila done tagging, nama aku jadi ada pada gambar dia for second time.. oh my..  

Am I too sensitive about this?? Arhh i don't know... 

Bye!

#jiwakacau