Followers

Mimpi Lagi..

Bismillah.. Assalamu'alaikum wbt!!

Malam tadi, mimpi dia lagi.. H.. ya Allah, apakah ini?? 
Argghh penatnya rasa.. Asyik duk teka jer.. Orang tu kah? Orang ni kah? Dia kah jodoh aku? Aduhaii.. Penat.. 

Bila kadang hati ni terasa selesa tanpa memikirkan pasal jodoh, mula la mimpi2 seperti ini muncul, tertengok gambar orang yang aku tak nak ingat contohnya ex-boyfriend, dan sebagai nya, yang membuatkan hari-hari aku disapa kerisauan kerana meningkatnya usia tapi masih kesorangan.. next week my birthday.. huuuu..

Dengan TS, macam tak de harapan jer.. Banyak kali aku cuba beritahu hati ini, jangan telalu mengharap, nanti kecewa. But my heart won't listen to me.. Aku dapat tahu yang dia penyabar orangnya.. Alahai, lagi lah hati ni tak dengar cakap.. Masih jugak berharap.. ya Allah, permudahkanlah jalan untuk aku bertemu jodoh yang baik.. Kau bagilah aku dapat keluarga mertua yang baik, ipar duai yang baik, yang boleh anggap aku macam adik beradik mereka, macam ahli keluarga mereka. Aku akan cuba jadi isteri yang sebaik mungkin.. Aku akan cuba ubah segala kekurangan.. Tolonglah.. Aku merayu..