Followers

Tagged

Assalamu'alaikum wbt

Aku tak tahu kenapa jadi macam ni.. Aku tagged diri sendiri pada gambar tu supaya ada dalam koleksi picture di wall aku.. 

First tagged, bila dah selesai, nama ku jadi ada pada muka dia.. Aku cancel, remove tagged.
Then try buat lagi.. Memang aku betul2 klik atas muka aku kot.. Tapi still lagi jadi macam tu.. Bila done tagging, nama aku jadi ada pada gambar dia for second time.. oh my..  

Am I too sensitive about this?? Arhh i don't know... 

Bye!

#jiwakacau


Him

Assalamu'alaikum wbt

Kenapa aku asyik mimpikan dia? Emm xde la kerap sangat.. tapi, dalam ramai-ramai kawan lelaki yang satu kelas dengan aku dulu, dia je yang aku asyik mimpi... 

Sejak 2 3 tahun lepas.. bukan mimpi setiap malam.. kadang-kadang jer.. 4 5 bulan sekali.. gitu jer.. tapi, kenapa org yang sama selama beberapa tahun ni? mmg mimpi mainan tidur.. kdg2 mimpi yang dia ada tu pun x logik.. tapi, kenapa dia? kenapa x shahdan ke, judin ke, suhaimi ke, hafiz ke, dusuki ke.. kenapa dia? 

Rasanya dah lama sangat kami x berhubung.. dah lebih 5 tahun.. tahun lepas kami kelas 5SS ada group whatsapp.. aku join, dia pun ada sekali.. tapi x pernah berhubung.. xpernah direct message.. just sekadar berbual ramai2.. tapi tu pun dia jarang-jarang muncul n komen.. dia lagi suka menyepi, jadi silent reader.. atau pun dia mmg ignore group whatssap tu.. malas layan.. maybe.. i don't know..

Ya Allah.. betul-betul mainan tidurkah? Atau ada maksud lain? hadoiii... pening pikir..

I know.. i'm nothing compare to him.. ilmu agama ataupun ilmu duniawi.. dia hebat.. aku ape ada.. aku sedar tu semua.. sebab tu aku x menaruh harapan & tak berharap apa-apa pun.. cuma sejak dua menjak ni la, tetiba kepala ni duk pikir awat aku duk mimpi dia.. 

mimpi je kot kan.. mimpi mimpi mimpi.. mainan tido saje..

Ok dah!! Enough!!


Raifa Nabila

Assalamu'alaikum wbt

Introducing to the world.. Raifa Nabila.. Welcome sayang.. Dah dua hari lahir.. x nampak lagi dia bukak mata.. asyik tido jer.. huhu 

Senangnya kak ipar ku ni bersalin.. x sempat masuk labour room.. bersalin kat klinik.. semua nurse terkejut bila doktor cakap 'ok nurse, kita sambut kat sini jer.. kepala baby dah keluar'.. nurse semua 'ha??? betul ke doktor?? x sempat ke labour room'.. 8.30 pagi sakit perut.. 8.50pagi jalan dah terbuka 4cm.. 9.07pagi baby dah keluar.. huhu harap2 aku nanti dah kawin pun senang bersalin nanti.. 

Nurse duk pakat tanya, 'awak amal petua ape yer senang bersalin?' Kata kak ipar ku, xde petua ape pun.. mmg senang.. 3 org anak, semua senang.. lepas tu nurse duk sembang sama nurse, 'ni dia mesti x pernah lawan cakap suami, anak yang baik.. sebab tu senang bersalin..' ^_^



So selama akak berpantang ni, aku pun akan duk umah dia.. boleh tolong dia urus anak2 dia yang lain.. tolong tungku kan akak.. comel Raifa.. bila lah nak ada anak sendiri.. hhmm..

Hidup Ini..

Assalamu'alaikum.. Bismillah..

Hhhmm bila tengok jam, dah pukul 12.30 malam.. 
Tak tahu nak buat ape.. mata masih tak mengantuk.. dengar mp3 lagu-lagu hindi..

Tetiba terasa sunyi.. kesunyian.. dalam bilik yang kecil ni.. kesorangan.. Ya Allah ya tuhan ku, sampai bilakah aku harus begini? menjalani kehidupan macam ni..? Sunyi.. Sangat-sangat sunyi.. Sampai menitiskan air mata tanpa aku sedari.. Air mata dah sebati dengan kesunyian yang aku rasa.. Bila mana ada rasa sunyi, di situlah air mata mengalir.. Tabah lah hati..

Antara sebab utama aku nak kahwin adalah untuk elak dari rasa sunyi.. Bila ada pasangan, sekurang-kurangnya kita makan berteman, tonton tv berteman, tidur berteman, berbual ada teman.. ini aku gelak pun sorang-sorang.. rasa pathetic sgt.. 

Ya Allah, Kau bagilah aku rasa kehidupan alam perkahwinan.. Ape aje masalah, dugaan yang Kau beri dalam rumahtangga aku, insyaAllah aku akan hadapi.. Asalkan Kau bagi aku seorang teman bernama suami.. 

Aku tak mintak banyak ya Allah.. Cukuplah dia seorang yang bertanggungjawab, ada agama, boleh terima aku n mak ayah aku mcm mak ayah dia, cukup lah.. Aku nak mintak lebih-lebih, aku tahu aku sendiri pun byk kurang.. 

Ya Allah, susahkah nak cari calon yang macam tu untuk aku? Ambil masakah untuk pertemukan kami? Tak pe, aku tunggu.. Aku akan tunggu.. Aku mampu tunggu untuk hari tu muncul..

Tapi kenapa aku mcm dapat rasa yang aku tak akan berkahwin? Kenapa aku ada rasa macam ni ya Allah? Tahi lalat di bahu tandanya banyak tanggungan.. Memang betul.. Sekarang ni pun aku tahu, aku banyak commitment yang perlu aku galas.. Ma, abah, adik aku nak kawin, adik bongsu aku, rumah yang masih lagi tak siap-siap.. Kalau bukan aku, siapa nak tanggung semua ni.. Aku x suka nak suruh abang kakak aku bagi duit.. kalau diorang nak bagi, biar diorang bagi sendiri tanpa paksaan.. Aku tahu, mereka pun banyak tanggungan.. Masing-masing ada keluarga.. Mereka pun kadang-kadang aku yang bantu.. Tak ape lah, tak kemana pun duit tu... Adik-beradik juga yang dapat.. Cukup lah  doa daripada mereka agar aku dapat bertemu jodoh yang baik-baik.. Aku tak harap balasan..

Ya Allah, andainya aku memang tiada berteman, Kau berilah mimpi-mimpi indah setiap malamku.. sekurang-kurangnya aku bangun esoknya dalam keadaan senyum.. Sekurang-kurangnya apa yang aku tak dapat nak merasa di alam nyata, aku merasanya di alam mimpi.. walau ianya hanya sekejap, itu dah cukup.. 

Kadang-kadang Kau beri aku mimpi yang tak ku duga.. walau ianya tak berapa nak masuk akal, dan aku pun tak berharap sangat ianya jadi kenyataan kerana aku tahu siapalah diri ini untuknya, tapi aku bahagia.. mimpi yang sekejap itu membuatkan aku bersemangat untuk terus berharap akan sebuah perkahwinan.. mimpi-mimpi indah itu membuatkan aku mampu untuk tunggu.. Ya, aku akan tunggu.. tunggu sehingga dia muncul.. tunggu sehingga sampai masanya Allah pertemukan kami.. dia.. dia yang bernama suami.. aku akan tetap menunggumu.. 

Semoga aku mampu mendukung anak sendiri one fine day..