Followers

Ku bersyukur padaMu ...

tadi g libry, tirah n azreen citer pasal sorg student ukm yang meninggal pada hari jumaat, hari terakhir exam sebelum nak balik raya haji baru2 ni. sedih sangat citer ni. sedikit sebanyak yang aku ingat ape yang diorang citer adalah, dua orang kawan, nak balik kelantan. dua-dua dari FPI. yang sorang ni ada kete kancil. Selalunya yg ada kete ni balik kelantan ngan kete dia, tapi budak laki yang drive. tapi kali ni dia rasa nak bawak sendiri kete tu. kawan dia yang sorang lagi tumpang skali. dah dekat gua musang sah, xtahu la camaner, dh memang tertulis semua ni akan berlaku, si driver ni nak memotong, tapi xlepas, berlanggar ngan trailer. kete kancil dia tu masuk bawah trailer tu. kawan dia yang menumpang tu mati. yang si driver tu teruk jugak. patah kat 5 tempat. fuhh mintak jauh la dari semua ni terjadi kat aku dan ahli keluarga ku serta kawan2 aku. sadis sgt bila dengar. then tadi diorang citer, si mati tu, family dia miskin sangat. ayah dah xde. anak sulung daripada 9 beradik. mak keje sebagai penoreh getah. ni link yang boleh tengok keadaan rumah arwah. sedih2.

http://kasturi89.wordpress.com/2010/11/26/gamis-mohon-ihsan/

bila baca kat link tu, ya Allah, rasa bersyukur sangat aku dilahirkan dalam family aku skang. walaupun xkaya, xberharta, tapi masih mampu nak membeli keperluan umah, nak beli ape2 jer yang perut ni rasa nak makan, mampu g jalan2. sedangkan keluarga arwah, peralatan barang elektrik pun xde. yang ada hanya sebuah radio yang dah usang. umah dia besar la jugak, tapi kosong tanpa perabot. kesiannya ya Allah. tabahnya mereka menghadapi hidup ini walaupun diberi dugaan yang sebegitu hebat dari Allah. betullah orang2 kata, kalo kita rasa kita berharta, senang, ada lagi sebenarnya yang lagi berharta dan senang dari kita. begitulah jugak sebaliknya. kalo rasa diri kita susah, ada lagi yang lagi susah daripada kita. bersyukurlah dengan apa yang kita ada. ya Allah, permudahkanlah jalan hidup keluarga arwah. murahkanlah rezeki kepada keluarga arwah. semoga ada insan2 yang berkemampuan yang akan menolong keluarga arwah. semoga perjalanan hidup ibu dan adik-adiknya bertambah baik selepas ini. Al-Fatihah untuk arwah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba2Mu yang solehah dan beriman. Amin.

Hinanya kita diuji dengan nikmat kesenangan, 
dikala Allah memuliakan mereka yang sabar dalam ujian kekurangan..

HC a.k.a Hikayat Cinta

Suka sangat baca novel ni kat http://novelratu.blogspot.com/

tajuk dia Hikayat Cinta. tapi yg bestnyer, sebelum penulis bercerita tntg cerita ni, dia akan bg satu kata2 yg aku suka. boleh dikatakan setiap entry HC atau setiap episod HC, akan ada satu kata2 drp buku HC yg ada dlm citer tu. kdg2 kata2 tu diletak atas skali. kdg2 dibawah skali. senang citer, tajuk novel ni sempena satu buku yg ada dlm citer ni yg bertajuk HC. aku dh hbs baca smpai episod latest. harap2 cpt la penulis ni nak masukkan entry baru. rasa nk p cari jer buku ni kat kedai. dh ada rasanya. anyway, thanks to Ratu Bulan @ Nurfa. hehe ni antara kata2 HC:

Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ianya memori pahit ataupun manis, ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tapi adakalanya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan.

Jika esok, telah ditakdirkan dia milik orang lain, aku tetap akan tersenyum seperti selalu. Cinta tak semestinya milik kita sorang sahaja. Kadang-kala kita perlu berkongsi cinta dengan orang lain yang juga layak memilikinya.

Melepaskan bukan bermakna kalah, tapi bermulanya sebuah cerita kebahagiaan.

Kadang-kala kita tak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya. Namun begitu, tanpa kita sedari, ianya mengejar kita suatu hari nanti.

Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase, just take the first step.- Martin Luther King Jr.


emm..

suka dgn kata2 ni...

Andai tangisan itu mampu menenagkan perasaan, menangislah. 
Semoga ia mampu menjadi terapi pengubat duka.
tetapi jangan terlalu kerap menggunakan air mata sebagai senjata pertahanan.
Takut nanti air mata itu tiada value-nya.
Tiada power-nya.
Tiada auranya.


Lukisan Alam..

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

Duhai Hati..

Salam dan selamat petang... hari ni aku nak luahkan serba sedikit ape yg ada dlm hati aku, apa yg bermain dm pikiran aku 2 3 hari nih..

mlm tadi result sem 5 dh boleh check. aku dah check dah. alhamdulillah. walaupun pngs aku xnaik menggunung mcm org lain, tp pngk aku xturun. maintain jer mcm sem lpas. hemm ntah la..xtau nak habaq lagu mana. rasa2 mcm boleh jawab aritu, tapi bila dpt result, xgempak mcm org lain pun.. nak salahkan org lain pun, diri sendiri yg ambk exam. nak salahkan takdir, mmg xboleh. berdosa kalo salahkan ape yg dh Allah tetapkan. hemmm tapi aku akui, sem lepas, time dkt2 nak exam tu, mmg aku hadapi byk mslh. jiwa kacau. hati xtenang. emosi terganggu. mcm2 perkara berlaku. tipula kalo aku habaq semua masalah tu sikit pun tak ganggu study aku. mmg mslh2 tu mengganggu kehidupan aku sgt2, smpaikan aku tidur dgn berlinangan air mata, mkn xlalu, asyik duk mengelamun jer. hemm ya Allah... ada satu sem lg. satu sem ni, akan aku cuba wat yg terbaik lagi. akan aku cuba hindari drp hadapi mslh2 yg mlibatkan hati n perasaan. akan aku cuba buang jauh2 segala perasaan sedih aku ini. aku tahu, setiap org berbeza rezeki msg2. mgkin mmg dh tertulis rezeki aku dlm study hanya setakat ni. aku terima ya Allah. ya Allah, skang nih matlamat aku hanya satu, aku nak graduate dgn pngk nombor 3 kat dpn. tak tinggi mcm org lain pun xpe, asalkan kat dpn tu nombor 3. kalo aku graduate dgn pngk 3.00 pun aku dh berpuas hati ya Allah. itu jer harapan aku skang nih. aku tak mintak byk2 mcm org lain dpt, aku tak kisah brape org lain dpt, asalkan aku dpt capai matlamat aku, aku dah bersyukur sgt2. aku tahu kemampuan diri aku. sbb tu aku tak nak berharap terlampau tinggi. ya Allah, aku mohon, biarlah aku dpt capai matlamat aku. bantulah aku ya Allah. kuatkanlah semangat blaja aku ya Allah. aku harap, sem dpn aku boleh blaja tanpa ada sebarang mslh yg boleh menganggu aku utk blaja.. semoga aku dapat capai matlamat aku ya Allah. aku mohon keberkatan dr Mu ya Allah. amin...

Aku Kini..

Salam semua... haha nk share gmbr aku skang... dah makin montel..hihihi sejak cuti raya sampai la skang, keje aku selain menjadi bibik, kejenye asyik makaaaan ajer. 
badan pun dah tembam.. baju semua dh ketat2.. haha mcm mak budak dah. dah la jadi bibik.. sesuai sgt la tu. huhu tp sejak jadi bujang ni, jangok sokmo. haha kahkah..

otw nk g umah abg ime.aku pakai baju coklat tu.

aku: hemmm comel gini mo pun xdok ore nok lagi, xtahu la long kan.
kaklong: oyak gitu la nk sedap hati sendiri.mugo gewe xdok.
aku: hahaha gura jah long. uyo sedar uyo ni xlawa.
kaklong: gak meme comel sengoti. sapo kato xcomel. lawa sungguh.

hahaha.. kaklong2.. suka ambik ht aku.. 




bibik plg comey..kahkahkah

bajet ayu la ni.. haha


Di Masa Lapang

Selama kurang drp seminggu balik raya baru ni, masuk jer raya kedua, tak tahu nak buat ape dah. Huhu lagipun raya baru ni, ramai yang tak sihat. so semua habiskan masa lepak kat umah jer. tak g mana2 pun. abah batuk. ma aku demam n selesema. ma waqar cirit birit. 3 hari dia duk umah aku. hehe dia tido ngan aku. hehe so aku pun tak tahu nak buat ape, aku pun wat la aktiviti masak memasak. tetiber rajin plak nak memasak. wat roti jala, bubur pulut hitam, donat, ais krim milo utk anis n yaya. haha waktu petang plak, acara beriadah ngan sepupu2 aku. kait buah kelapa, makan buah kelapa. hahaha biasa la hidup kat kampung. sepupu aku, lija yg panjat n ambik. aku tak panjat. ma aku tak bagi. takut jatuh sebab aku berat. huhu kelapa plak bukan kelapa muda, tapi kelapa yang belum ada isi lagi. orang kelantan panggil 'mumbe' lagi. haha tapi hentam jela walaupun airnya tak manis. rasa tawar jer. hahaha petang2 jugak aku duk depan umah, cari kacang botol yang dah boleh dimakan. tu jela. tak taw nak buat apa. nasib baik jugak la ada pokok kelapa, kacang botol, pisang, kangkung. boleh jugak la aku main2 ngan pokok2 tu. anak2 sdare aku biasa la, petang2 kejenyer bergambar jer. huhu kecik2 pun dah pandai bergambar. isy3.. hehe

bergambar jer tau

anis n paksu azam (adik waqar)





adik bongsuku, armin


bubur pulut hitam..hehe

first time buat sendiri..abah kata sedap..hoye2

roti jala..

ais krim milo..


~Raya Qurban 2010~

Hehe... raya qurban aritu takde pape yang menarik pun. Cuma ni kali kedua aku korban. so dah dua bahagian la. Ada 5 bahagian lagi la untuk cukupkan semuanya 7 bahagian. kalau dah cukup 7 bahagian, tu bermakna sekor lembu. so nanti ada la kenderaan untuk kita naik di akhirat nanti untuk pergi ke tempat perhitungan. kalo takde kenderaan, lambat la kita sampai. nanti lambat la amalan kita akan dihitung. kenapa perlu cukup 7 bahagian? orang2 kata, sekor lembu kan dibahagi 7. so kalo cukup 7 bahagian, ibaratnya sekor lembu la. so nanti kita naik lembu tu tak berkongsi ngan orang lain la. kalo 4 kali jer korban, maknanya nanti kita akan naik lembu tu berkongsi ngan orang lain. bila ramai yang tunggang lembu tu, lambat la sampai. bila lambat sampai, lambat lah amalan kita dihitung. begitulah ceritanya. huhu insyaAllah kalau ada rezeki, tahun depan aku korban lagi.

lembu yg dah disembelih



abahku mengeluarkan perut lembu



dpt la daging 8kg sorang

abah ngah kerat tulang utk buat sup

Syukur ya Allah...

Aku memanjat seribu kesyukuran kepadaMu ya Allah kerana akhirnya aku dapat jugak tempat untuk buat LI. Gembira tak terkata apabila aku dapat tahu yang aku dapat. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Abg Piji. Kalau bukan dia yang mesej aku kelmarin, aku tak tahu pun yang pihak KWSP anta respon melalui email. Ingatkan diorang bagi respon kat surat atau telefon. Yela aku mana ada internet kat umah. Nasib baik kelmarin kaklong keje. So aku suruh la dia tolong check email aku. Huhu Semoga Abg Piji pun akan dapat tempat LI secepat yang mungkin. Amin. Aku gtau abah yang aku dapat kat KWSP Kuala Krai. Abah cakap, takpela nanti tiap2 pagi abah g anta n g ambik tiap2 petang kalau abah tak g keje jauh. Huhu alhamdulillah murah rezeki lagi. Jimat duit kalo abah anta. Kalo g ngan teksi, RM3.50 pergi, RM3.50 balik. Dah RM7. Belum campur makan minum lagi. Alamatnya kena bajet RM10 sehari la jawabnya. Kalo abah anta, minyak motor RM3 je sehari. makan RM2, so bajet dalam RM5-RM6 jer sehari. lau 3 bulan, kena bajet dalam RM500 je. memang banyak sangat jimatnya kalo abah anta n ambik. Hehe apa2 pun, terima kasih ya Allah di atas segala nikmat kesyukuran yg Kau beri padaku. 

Kete Api

Pagi2 lagi pagi tadi aku dengar suara abg ime. riuh rendah bunyi nyer. aku yang baru bangun tido, blur2 itik lagi. tapi abg ime tu mmg mcm tu. kalo bcakap, mmg bsemangat. huhu aku pun bangun n keluar dari bilik. ooo rupanya abg ime baru balik dari keje. baru balik dari singapore. dia duk cerita kat kurt (waqar), mlm tadi tren langgar dua orang melayu kat kulai. diorang tido kat atas railway. mabuk kot. apelagi, kete api langgar jela. dh dekat, baru nampak. xsempat nk berenti. then lps tu baru berenti. huhh mayat terlekat kat tayar tren. kepala hancur. pinggang ke bwh hancur. yang tinggal hanya bhgn badan jer...

abg ime: nk tunggu polis sapa, lamo tlajok. takut tren sapa lmbt jah di KL. kitonyo ado plawanan bola pg nih. aku pun ajok saing aku g wat tubik mayat hok terlekat di rail. pemandu train takut doh. aku pun takut jgk. xtahu sapo dio. takut bratu jah. lps slawat 3 kali, aku buang myt dio dari tayar. huhhh debar jugok. keto api la keto hok plg bratu. brapo ratus ore doh dio tepoh. meme bratu. pemandu train sokmo napok hantu time bowok train. ado pembantu driver sapa deme sbb napok atu. ooooo bratu pelik nah keto api nih. doh serbo mok liko dio tepoh. nk breti xdan doh. paka tepoh jah. pah, sek3 aku la hok keno g kutip mayat hok hancur. 

huhhhh giler la... terkejut dengar. eeeee takut2....

Pasar Malam..

huhu..mlm td pasar malam di pantai hall.. aku g ngan kak fida, csya, epi n kurt (waqar)... sampai disana, aku dukung csya sbb ramai sangat orang. kalo biar dia jalan, mesti lambat punyer la. huhu pastu bila jalan, csya duk cakap 'papa papa'... dia pandang ke belakang. aku ngan kurt toleh la ke blakang. aku cakap 'papa? mana? papa work la'.. hehe pastu kurt plak cakap 'bukan papa. dia kata sampah'... haha aku pun iyekan jela.... then tangan terasa lenguh. aku bagi kurt dukung csya. tukar turn. pastu tetiber kurt kata, "selipar csya mana? xde sebelah. ada sebelah jer. " aduhh semua org tercari2. pastu kurt pun ckp, "haa td tu dio oyak selipar dio jatuh kot. duk oyak papa papa. nk oyak slipar xreti, panje tlajok. aduhh kitonyo xpehe." hahaha baru paham rupanya csya cakap selipar dia jatuh... haha ngokngek betul mak n pak sdare dia nih. tu pun xpaham. haha pastu terus g cari kat tempat csya tengok tadi. betul la. selipar ada kat situ. huhu uihhh byk giler memborong di pasar malam.. xcukup tangan nk bawak. tangan aku, kak fida, epi n kurt, rasanya dah byk tangan tuh. tapi still lagi xcukup. xth la brape hbs duit. huhu rambang mata. semua nk beli. aku beli yong taufu. teringin nk mkn. then beli rojak buah. terliur bila tengok buah pauh (mempelam) duk bergantungan kat pasar malam. huhu balik tu, terus bukak yong taufu n rojak buah. makan ramai2 sambil tengok majalah 3 yang memaparkan tentang gunung berapi di indonesia. ya Allah, syukur Alhamdulillah kerana aku dilahirkan di Malaysia yang selamat, aman, harmoni daripada segala bencana alam, peperangan dan sebagainya. syukur padaMu ya Allah. takziah pada keluarga mangsa2 gempa bumi di indon. Al-fatihah.

sebelum g psr mlm..


nk trn g psr mlm

yumyum yummy...

Malam yang Sunyi...

Alhamdulillah... exam dah habis semuanya. skang aku kat umah abang ime, kat pantai dalam. tadi epi n waqar g ambik aku.... huhu abang ime beli notebook n broadband baru..waaa ni kira testing la ni.. hehe aku baru je lepas download lagu aizat. tajuk dia 'Sungai Lui'... mula2 aku dengar lagu ni du;u, aku dah tertarik dengan lagu ni. tak tahu la nape. ,aybe bagi orang lain, lagu ni biasa jer. tapi aku suka muzik n liriknya. hemmm di kala malam yang sunyi macam ni, hatiku terasa sepi, sunyi, dingin, sedingin angin pada malam ini... semua orang dah tidur. maklumlah esok keje. kak fida ngan aku jer yang xkeje esok. epi keje. waqar pun. tapi dengarnya tadi waqar kata dia nak mc esok. tak larat, selesema teruk sangat. huhu aku plak batuk tak henti2. dah nak dekat sebulan dah. hemm sabar jela. aduuuuuuuii... tak tahu kenapa tetiber rasa sayu hati ni. ya Allah, janganlah aku bersedih lagi. kuatkanlah hatiku ini. emmm rasa macam nak baca novel. tapi bila bukak, rasa takde mood la plak. maybe badan letih. hari ni tak rehat pun lagi lepas habis exam tadi. huhu ok la, nak tido dulu. selamat angin. selamat bintang. selamat malam bulan. selamat malam semua. assalamualaikum.

Kenangan..

Selamat petang.. Aku ada dengar satu lagu ni. tak tahu la sape yang nyanyi. tapi bila aku dengar betul2 lirik dia, aku rasa macam pernah baca lirik tu. tapi lupa, kat mana ek?? bila dipikir lama2, baru aku perasan, rupanya dulu waktu aku couple ngan bie (paan), dia pernah anta mesej kat aku berupa kata2. laaa lirik lagu ke. selama ni mati2 aku ingatkan dia reka sendiri. haha adui.. so aku pun bergegas la cari lagu tu. aku taip lirik dia kat google n search. akhirnya jumpa. huhu penyanyinya adalah ST12. tajuk dia PUSPA (putuskan saja pacarmu).. huhu dulu tak tahu pun. bila dah clash, baru tahu. nak tergelak pun ada. tapi bila dengar lagu tu, teringat kat bie. dia suka sangat anta kata2 tu. banyak kali dia anta. dia tu memang suka anta kata2 kat aku dulu. kalo jumpa jer lirik lagu yang kena dengan apa yang dia nak cakap, dia anta la kat aku. huhu aku ape lagi, happy la. hehe saat2 bercinta dahulu kala. saat2 bahagia. huhu yg bold n warna coklat tu kata2 yang dia anta kat aku.. hehe kenangan lama. sesekali diingat, membuatkan diriku tersenyum sorang2.

ST12 – PUSPA (Putuskan Saja Pacarmu)
kau gadisku yang cantik

coba lihat aku disini
di sini ada aku yang sayang padamu
kau gadisku yang manis
coba dekat aku disini
di sini ada aku yang cinta padamu

* walau ku tahu bahwa dirimu 

sudah ada yang punya
namun aku tunggu sampai kau mau

woo woo jangan jangan kau menolak cintaku

jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

woo woo jangan jangan kau tak terima cintaku

jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang I LOVE U padaku

Runsingnyer..

Macam2 cara Allah boleh uji kita. hemmm bila dapat tahu kawan2 ku yang lain dah dapat tempat untuk wat LI, hatiku berdetik rasa kebimbangan. ya Allah, nak nangis rasa. dah banyak tempat aku mohon. dah banyak resume aku anta. tapi takde satu pun yang menerima aku untuk wat Li. perasaan takut dan sedih menguasai diri. sshnyer nk dapatkan tempat wat praktikal. ni belum lagi nak cari keje. hemmm sabar la wahai hati. takde rezeki, nak wat camaner. yang penting berusaha, jangan cepat putus asa. insyaAllah akan dapat. ya Allah, permudahkanlah segala urusanku ini.. amin. chaiyok2.. you can do it my dear nurul asyikin.. 

Alamanda, Putrajaya..

Kelmarin aku n geng mawar g alamanda. mula2 aku ngan lin g derak bilik una. xtahu la camaner tetiber terkeluar ayat ajak g jalan2. kami semua ape lagi, semua nak ikut. haha memang enjoy sakan la kelmarin. best sangat3. walaupun aku batuk, gagahkan jgk. haha then mlm tadi batuk tak henti2. huhu g alamanda, tengok wayang. aku, may n una tgk citer estet. farid kamil blakon. lin n syira tgk citer hantu. huhu pastu g mkn kdai mamak. then blk ukm. ni first tima blk outing malam. kul 11 lebih rasanya baru aku sampai bilik. huhu lain kali boleh la kita outing lagi yer geng mawar. kita sewa kete lagi.. GENG MAWAR THE BEST... cayang korang.

Kuala Selangor..

Baru2 ni aku g umah suraya di kuala selangor. huhu first time g sana. baru tahu camaner rupanya kuala selangor. kuala selangor ni macam kawasan kampung. banyak pokok kelapa sawit, hutan2. best. i like. tenang jiwa nih. hehe lbh kurang 4 hari kat umah suraya, aku dapat dengar bahasa jawa. wahh best.. rasa nak blaja jer bahasa jawa. haha dengar makcik siti dan nenek bcakap, pekat giler bahasa jawa diorang. haha then aku dapat kenal beberapa resepi orang jawa. macam nasi ambeng, kuih magli(kalo xsilap la). haha best kuih tu. kat KL ni lupa la org panggil ape kuih tu. ala yg dibuat drp kacang dal tu. then kita goreng. aku suka sangat kuih tu. huhu ada satu petang tu, suraya bawak aku naik motor, ronda2 kampung and kami g tangok laut. waahhh best sangat. dapat tengok matahari terbenam. indahnya ciptaan Allah. huhu makcik siti tanya, bila lagi nak datang? aku cakap, sem depan la kalo dtg pun. sem nih dh nk hbs dah. hehe insyaAllah nanti nurul datang lagi yer makcik siti. rindu makcik siti n imal yang suka nangis.hehe 




wat kuih magli



nyamnyam..ni pure punyer..betul2 kcg dal jer..yg jual kt kdai tu, dia tmbh tepung. sbb tu keras..

kt umah nenek waktu adakan tahlil..nasi ambeng ni dia letak dalam talam..satu bungkus ada  sekor ayam yg dibelah 4 bhgn.. sorg ambik satu bhgn..

para tetamu yg dtg sedang agihkan nasi ambeng. biasanya lpas tahlil,diorg xmkn kt sana, diorg akn bgkus bwk blk.
          


kat ats daun pisang tu lauk n segala sayur n mcm2 lg. kat bwh daun pisang tu nasi. nti semua ni akn dibahagi kpd 4 bhgn.

Gomo Klate Gomo

epi:  sapo ado lecu meroh?
aku:  nk wak gapo?
epi:  nk pakai di muka la. nk g tgk bola di stadium nih.
waqar:  pi, mu g spray jah. sbelah muka rm3.
epi:  dulu rm3. loni rm5. mahal. baik beli lecu jah.

Haha hoye2 klate lawan negeri sembilan, klate menang 2-1... haha bagus2.. waktu tu aku kat umah abang ime. kaklong satu family pun tgk bola kat umah abang ime. epi jer yg g tgk kat stadium.

abg ime: thn lps kito g tgk d stadium jgk. oooo perit keno skali. bola main pukul 8.30. pukul 6 nk keno masuk stadium doh. masuk lmbt2, xdok tmpt duduk. pahtu tu panas po gapo dale stadium. ngan laparnyo. burger mahal po bedil. xdok sayur pun rm3. baik tgk dumoh. lapar boleh buko puyok. ngatok boleh ltk palo atah bata. dago air boleh buko peti. ambik karipap, ambik batal, duk nyenggey depe tv, xdok apo satu. g stadium, panas lagi, dago lagi, lapar lagi. nk kencing, nk berok pun payoh.

Haha kali ni klate pakai baju warna putih. pertama kali klate pakai baju warna putih. biasanya merah jer. tahun ni tahun pertama klate pakai putih. abg aku ckp, mmg tahun ni sistem pengurusan bola klate bagus. dia punyer pengurus ambik kisah pasal persatuan. then abg aku ckp, mmg patut tukar warna baju, merah kan tanda nya marah. sebab tu asyik kalah. haha skali lagi abg aku wat lawak. tapi ada betulnya juga. mmg kdg2 kita xleh nk pcaya bnda2 mcm ni. tp tu org kata keserasian. kdg2 kena pcaya jgk bnda2 gini. abg aku asyik duk ckp jer klate akan menang. berkat sultan baru, Sultan Muhammad ke IV. sebab sultan tu dia alim, mmg bagus bab2 agama. hehe aku pun xth la betul ke tak. dengar jela. huhu bila separuh masa pertama, klate xsumbat pape gol lagi, semua duk resah. ingatkan kalah. masa tu kami tgk kat siaran Arena Astro. then pengulas dia ntah sape nama. lupa. tp memang xbest la. sebab pengulas dia nampak sangat anti klate. asyik menyebelahi negeri sembilan jer. kalo pemain negeri 9 wat slh, pengulas tu ckp, tak apelah, kecik jer. tapi kalo pemain klate terlanggar sikit pemain n9, beri-ia pengulas tu sebut. huhh apelagi marah la waqar n abg aku. "mana boleh macam tu. pengulas sepatutnya kena adil. ni nampak sangat dia berat sebelah. menyakitkan hati penonton jer". waqar dh panas dah time tu. haha aku pun rasa mcm xpuas hati jgk. then bila separuh masa pertama hbs, iklan selama 15 minit. pastu kaklong try bukak tv1. tv1 pun ada jgk siaran langsung bola. bila dh start, tgk2 tv1 pengulasnya hasbullah awang. pastu abg ime ckp, "haa ni baru yolo. pengulas xberat sebelah. patut la klate xsumbat gol sakni, kito tgk saloh channel. kalu dari tadi kito tgk tv1, mmg n9 xsumbat tadi." hahaha terguling2 aku gelak. abg aku ni mmg suka wat lawak. dlm separuh ms kedua ni, nmpak sgt pemain2 klate bermain dgn aktif. selalu wat serangan. mesti waktu rehat tadi jurulatih dah ckp mcm2 kat pemain. huhu pastu bila gol pertama dibuat, semua org bersorak. aku ngan abg aku sampai terlompat sambil tepuk tgn. girang tak terkata. riuh satu flat. haha maklum la PPR Pantai Ria tu kbykannya org klate semua. bila dh sumbat skali, pemain2 klate lagi la bersemangat untuk wat serangan. lps tu sumbat plak skali lagi. melompat2 plak aku ngan abg aku. anis, yaya n csya tgk jer aku ngan abg aku duk lompat2. terkejut diorg. pastu baru la bdk2 tu pun ketawa jgk walaupun xth pape. haha lawak2... tp series, mmg best tgk bola ramai2... patut la org berpusu2 p stadium. aura dia mmg lain. lagi seronok. epi sampai xde suara dia. bila bcakap ngan dia pg ni, serak suara dia. haha ni mesti banyak menjerit time kat stadium.. haha alhamdulillah klate pecah rekod, tahun ni menang. semoga tahun dpn menang lai. amin.






Gambar anak2 sdare ku..


ganasnyo..



semua org kata ni boy. bila dgr suara, baru la org kata "la ni pempuan ker. ingatkan lelaki"

Besday Csya

Kelmarin, hari sabtu, wat besday csya. hehe meriah jgk la. semua makanan buat sendiri. hehe ramai jgk yg dtg. rumah sempit, so tetamu yg dtg lmbt terpaksa la tunggu tetamu yg dtg awal siap mkn, baru la diorang leh makan. maklumlah umah flat. huhu

Csya tgh tgk mummy dia potong coklat mskn.

skang dh pandai posing..haha
coklat mskn yg tlh dimasak bersama susu cair..

nak buat pelapik supaya kek xlekat di acuan...













then, ltk dlm kotak..haha semua org ingt kami beli. padahal buat sendiri.

mihun n mee sup..

karipap ni yg plg laku..