Followers

It's Sunnah

Assalamu'alaikum & Mornings!!
Jom amalkan.. =)




















Penyakit & Penawar









p/s: lega boleh cakap dengan omma (mak) tadi.. Rasa hilang segala stress.. :)

New Room, New Housemate!!

Bismillah... Selamat pagi..

Syukur pada tuhan, dah dapat bilik.. setelah beberapa hari mencari macam nak gila + stress, akhirnya jumpa.. bersyukur sangat sebab bilik tu ok dan sewa pun tak mahal sangat.. cuma bilik tu tak ada kipas siling.. kena guna kipas stand.. actually tak berapa suka kalau tak de kipas siling, sebab takut bilik tak cukup udara.. maklum la kan, kipas stand ni kelajuan angin dia slow berbanding kipas siling.. kipas siling ni, satu bilik berangin.. so, tak de la terjadinya bilik bau hapak, meruwap dan sebagainya..  tapi tak apa la.. maybe kena beli dua kipas stand kot.. letak belah kanan satu, belah kiri satu.. 

Ohhh rupanya bila di list kan barang yang perlu dibeli, banyak juga duit nak kena guna... nak beli rak/almari/penggantung untuk sangkut baju kurung, kipas, rak buku (sebab banyak buku bacaan + novel).. ini yang utama.. barang yang kecik-kecik banyak lagi..

Hemmm... tak apelah.. beli slow slow... beli ape yang penting dulu.. 

Ni gambar bilik tu.. master bedroom.. tapi bila pikir balik, kalau master  pun besar ni, x tahu la middle n small room besar mana.. huhu tak kisah la... 


Bajetnya, dalam bulan 11 ni nak pindahkan semua barang.. bulan 12 dah boleh start duduk sana.. ya tuhan ku, permudahkanlah segala urusan ku.. aminn..

Do Good




He Knows



Di Mana Kan Ku Cari Ganti

Di mana kan ku cari ganti
Serupa denganmu
Tak sanggup ku derita
Dan berhati patah, hidup gelisah

Di mana kan ku cari ganti
Mungkinkah di syurga
Untuk kawan ketawa
Menangis bersama selama lamanya...

Kawan/teman.. makin hari makin jauh.. yang dekat hanya lah keluarga.. 
Ahli keluarga.. makin hari makin jauh... yang dekat hanyalah ayah & ibu..
Ayah & ibu.. makin hari makin jauh.. yang dekat hanya lah abah...
Tapi pendengar yang setia hanya Engkau ya Tuhan, Allah.. 

Salah aku kah selama ini...? Oh tuhan, berilah aku jawapan & cara atasi semua awkward ini..

Nampaknya sudah sampai masa aku melangkah keluar...

Nilai Cinta Mu

Pernah dulu ku fikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi ku rasakan sunyinya di hati
Baru kini ku tahu nilai cintamu

Ku renungi gambarmu
Ku baca surat-surat mu
Namun pedihnya ku terasa tanpa kau bersama
Ku harap dikau pun begitu jua...

~Salam Jumaat~

#insyaAllah rehat nanti nak pergi derma darah di Pusat Derma Darah.. 

#bila la boleh kurus ni.. selera makan tak pernah tak ada...

IZIN KU BERUNDUR

Bismillah.. Assalamu'alaikum wbt..

Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit ada jua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kita tak sepenuh rela

Bukannya ku sengaja
Timbulkan masalah
Tapi kehendaknya
Ku turut kaki melangkah
Kerna ada waktunya
Diri dapat beralah
Dan ada detiknya
Aku tak berdaya

Walau ditakdir tak dapat lagi bersama
Namun kenangan terus membara di lubuk jiwa
Kerna tak pernah diri ini disakiti
Malah kau akan pastikan aku tak tersisih

Cuma jodoh kita tiada
Kerana aku perlu memikirkan di suatu ketika
Mana aku, mana engkau
Tapi ku yakin kau tetap bersinar
Walau tak seiring seperti mana
Yang telah kita lewati

Aku terpaksa memilih cuma satu jalan
Biar keduanya sama ku sayang
Terkilannya hati namun apa daya
Itu hakikatnya
Izinku berundur...

Namun apa yang ku pinta
Agar di hati mu tak akan menyimpan 
Dendam dan benci

Maaf, maafkanlah aku
Jauh di hatiku
Kau bukan seteru
Panjang umur kan bersama tapi berbeza
Yang pentingnya kita dapat
Sama-sama mencapai cita-cita hidup kita

Mimpi Gigi Tercabut/Patah

Bismillah...

Perkara ini pernah terjadi pada diri sendiri dua tahun lepas.. Tak ada pun terfikir nak cabut gigi ke, gigi sakit ke (pada waktu itu), sakit gusi ke, no... tak ada langsung.. tetiba je mimpi gigi depan belah atas patah 3 atau 4 batang.. patah pulak disebabkan salah seorang sepupuku yang tarik.. bila fikir logik, memang mengarut la kan sebabnya, takkan tarik je gigi terus patah.. gigi kan kuat.. kejadian ni berlaku pada waktu petang, selepas asar.. pada hari tersebut aku puasa sunat.. biasa la kan, bila dah nak hampir ke senja, lagi terasa laparnya.. so, bila lepas solat asar, daku baring la sekejap.. tup tup terlena plak.. itu yang membawak sampai ke mimpi gigi patah... bila dalam mimpi tu sepupu ku tarik je gigiku, terus aku terjaga.. berpeluh campur berdebar diri ini bila teringatkan mimpi tadi... bangkit dari baring, terus aku teringatkan kata-kata orang-orang tua dahulu kala.. katanya ' kalau kita mimpi gigi patah/tercabut, tandanya ada ahli keluarga terdekat kita nak berlaku kemalangan/kematian'... 

Teringat kata-kata tu, hati ni terus berdebar-debar... makin lama makin berdebar.. lagi rasa tak sedap hati bila teringatkan esok kami (keluargaku, atuk, sepupu, mak saudara, bapak saudara) nak berangkat ke Parit Buntar untuk pertunangan sepupu lelakiku (belah abah aku). Bukan nak percaya, tapi entah kenapa, aku rasa lain macam sangat.. hati ni benar-benar rasa tak sedap + takut + pikir macam-macam...  bersiap apa yang patut, terus aku berlari ke rumah atuk (kini dah arwah) yang selang dua rumah dari rumahku.. 

Sampai di rumahnya, terus aku masuk ke bilik atuk. Atuk tengah berehat sambil dengar radio. Aku pun ceritakan mimpi aku tadi. lepas tu ketawa.. katanya, 'mainan tidur aje tu.. tak ada apa-apa.. cuma orang dulu-dulu kata, kalau mimpi gigi atas yang patah, akan ada sesuatu yang tak baik berlaku pada keluarga belah ayah.. kalau yang tercabut/patah tu gigi bawah, sesuatu yang tak elok akan berlaku bawah keluarga belah mak.. tapi kita tak boleh percaya sangat..' aku angguk dua tiga kali tanda mengerti.. tetiba air mataku mengalir.. aku menyuarakan kerisauan yang ada dalam hati ni.. kemudian, aku balik ke rumah..

Esoknya, kami semua berangkat ke Parit Buntar.. pagi-pagi lagi dah berangkat supaya pukul 1 atau pukul 2 dah sampai sana.. boleh la berehat n pergi jalan2.. perasaan berdebar masih lagi terasa dalam hati ini.. tak putus-putus aku berdoa dalam hati agar kami semua selamat sampai.. tapi aku tak menyuarakan kerisauan aku pada sesiapa pun sewaktu dalam perjalanan.. aku hanya mendiamkan diri.. untuk ke Parit Buntar, kami perlu melalui Gerik, Kuala Kangsar.. Gerik tu semuanya hutan.. jarang-jarang je jumpa rumah... Allah saja yang tahu betapa berdebarnya hati ini.. Alhamdulillah tak ada apa-apa.. Masuk Kuala Kangsar, tiba-tiba kereta pak saudaraku memotong laju kereta abahku.. aku perasan mereka yang didalam kereta pak sdare ku melambai-lambai kepada kami. Aku yang berada di tepi tingkap perasan pada lambaian tersebut, terusku bagitahu abah.. 'Abah, kenapa diorang lambai-lambai tu? Macam mereka nak suruh kita berhenti'.. Kemudia, abah memandang.. Betul la, mereka menyuruh kami berhenti.. Abah berhenti di bahu jalan.. Rupanya lampu brek kereta abah menyala sepanjang jalan... Ada masalah dengan brek kereta.. Ya Allah, punya la laju jantung aku ni.. berdebar + takut... nasib baik ada yang perasan.. Bila mereka buat sesuatu, lampu tu dah tak menyala.. Kami meneruskan perjalanan lagi.. Sampai di traffic light,  tiba-tiba kereta abah ada masalah.. aku dah lupa masalah ape secara tepatnya.. Yang aku ingat, kami merata cari kedai mekanik oleh sebab hari tu adalah hari Sabtu.. kedai tutup.. last-last, jumpa jugak.. Kereta abah terpaksa kena repair.. abah, pak2 sdare ku semua tunggu kat sana.. sementara sepupuku hantar kami ke homestay.. Fuhhhh... rasa lega bila sampai dengan selamat.. Rupanya apa yang aku tak sedap hati tu, betul-betul berlaku.. dan ianya berlaku pada keluarga aku sendiri.. Nasib baik semuanya selamat.. 

So, conclusion nya, bukan nakpercaya seratus peratus, tapi sekiranya kalau bermimpi gigi patah pada masa/keadaan/waktu di mana kita tak ada alami sakit gigi/sakit gusi/gigi dicabut, beringatlah.. bukan suruh percaya, tapi beringat lah... mungkin akan berlaku sesuatu yang tak elok.. kalau tak berlaku apa-apa, Alhamdulillah.. siapa nak benda buruk berlaku kan.. semua orang tak nak.. 

Wallahu a'lam...