Followers

Sabar Selagi Mampu

Assalamu'alaikum.. Bismillah..

Fuhh.. fuhh.. tarik nafas panjang2.. sabar sabar..

*****
Salah seorang ahli yang menghuni syurga adalah orang yang sentiasa memaafkan semua kesalahan orang lain sebelum dia tidur. Orang seperti ni dijamin akan masuk syurga walaupun dia bangun setiap malam utk solat malam, solat sonat, dan sebagainya. Betapa pentingnya kita untuk memaafkan orang lain. 

Semoga aku pun tergolong dalam golongan tersebut ya Allah. Hapuskanlah sifat mazmumah dan semoga hanya ada sifat mahmudah je dalam diri ni.. Aminn

Sifat Mahmudah

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata