Followers

First Project!!

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt.. Selamat ptg.. hehe

Hari ni aku nak mulakan projek pertama aku.. tadaaaa...


aku nak belajar jahit baju.. baju kurung jer.. baju lain x pandai lagi.. dulu waktu form 3, aku dh pernah belajar cara nak wat baju kurung di sekolah.. dalam subjek ERT, Ekonomi Rumah Tangga.. tapi dulu cikgu sempat ajar wat baju jer.. kain xsempat belajar..  huhu so sekarang ni, dgn basic yg aku ada, aku nak try buat baju kurung utk ank buah aku.. xberani buat utk org dewasa.. kot2 x menjadi, rugi kain.. haha

ok, first, try buat baju dulu.. sbb aku dh ada basic tntg nya.. kalo success, try buat kain dia plak.. harap2 aku dpt buat kain.. sbb xde basic langsung camaner nak wat kain ni.. tp bila aku tanya pendapat tukang2 jahit, diorg ckp, antara baju dan kain, kain plg mudah.. so, aku hrp kata2 mereka tu benar.. 

Ok Nurul Asyikin.. fighting!!!

Bergending Dang Gong

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt..

Tajuk: Bergending Dang Gong
Artis: Tan Sri Dato' S.M. Salim & Siti Nurhaliza
Senilagu: Pakngah
Senikata: Siso Kopratasa

Bergending dendang dang gong

bintang jauh di langit tinggi

bergending dendang dang gong

bulan juga tumpang sekaki

merindu pungguk merindu
rindu mengidam dapat bertemu

bergending dendang dang gong

penawar rindu racun bermadu

bergending dendang dang gong

bintang ada di balik daun

bergending dendang dang gong

bulan juga tumpang berlindung

mengapa segan bertemu
bagaikan ada maut menunggu

bergending dendang dang gong

lama merana diamuk rindu

bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong
bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong

janganlah memilih cik siti oi..
yang sedap di mata
dalam zaman ini cik siti oi...
banyak buaya naga

kalaulah ku tahu
takkan ku bercinta
resah tak menentu
tidur baring pun tak lena

bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong
bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong

janganlah jangan kecewa
adat hidup pasang dan surut

mujurlah tak ke jurang diri ini
teringat lagi pesan yang tua

sambil-sambil menyanyi
berpesan-pesan antara kita
tidak-tidak di hati
terniat terasa nak mengata

hidup dalam dunia
yang tua pandu arah yang muda
baru beriringan tidak berlencongan
kalau berpesanan hai tuan...

bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong
bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong

remaja hanya sekali
bebas jangan terlupa diri

adat yang ku pegang diwariskan
tidakkan dijiwaku terbuang

sambil-sambil menyanyi
berpesan-pesan antara kita
tidak-tidak di hati
terniat terasa nak mengata

hidup dalam dunia
yang tua pandu arah yang muda
baru beriringan tidak berlencongan
kalau berpesanan hai tuan...

bergending dendang dang gong

bintang hilang di pagi hari

bergending dendang dang gong

bulan rebah di kaki pagi

bertahun hilang tak jumpa
rasanya tidak diri kecewa

bergending dendang dang gong

tidak ku lurut padi seberang

bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong
bergending gending dendang dang gong
bergending dendang bergending dang gong

mujurlah engkau cik siti oi...
jenis dengar kata
tidaklah bernasib cik siti oi...
sampai bengkak mata
adat orang lama cik siti oi...
peringat orang muda

aku bersyukur di hati
asal usul hidupku
baru dan lama serasi

baru beriringan tidak berlencongan
kalau berpesanan hai tuan...

sambil-sambil menyanyi
berpesan-pesan antara kita
tidak-tidak di hati
terniat terasa nak mengata

hidup dalam dunia
yang tua pandu arah yang muda
baru beriringan tidak berlencongan
kalau berpesanan hai tuan...

Mereka..

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt.. 

Pasti dh ramai yg tido di kala ini.. tp tidak bagi aku.. hemmm duk belek2 blog aku sambil dgr lagu al-jannah ni, tetiber hati ni rasa rindu sangat pada mereka.. kawan baik aku, arwah Ain.. cikgu kesayangan aku, Arwah umi (cikgu fadilah).. tetiber mengalir air mata ni.. 

Arwah Ain, kawan baik aku.. dia meninggal waktu aku first year di UKM.. dia stdy di UUM,kos statistik.. selalu dapat dekan tiap2 sem.. meninggal kerana sakit buah pinggang.. dia xtahu dia sakit.. bila dapat tahu jer, doktor cakap dah kritikal.. kena tebuk.. lps tebuk, dia ok sikit.. tp lepas tu, masuk wad lagi.. doktor ckp kena bedah.. doktor mintak izin mak dia, Makcik Ani.. tapi arwah ckp, walau apa pun terjadi, dia xnak dibedah.. dan dia meninggal sebelum dibedah.. Allah makbulkan kata2nya.. dia gtau mak dia, kalo dia mati, dia nak jenazahnya ditanam di sebelah kubur adik n ayah dia.. masa dia meninggal, aku xdapat balik.. aku nangis xberhenti.. dah la waktu dia masuk hospital, aku xdapat ziarah dia.. Allah lebih sayangkan dia.. kami kawan sejak sekolah rendah lagi.. duduk sekampung.. dulu ayah dia driver bas.. aku g sekolah ngan bas ayah dia.. skarang ni, kalo aku jumpa mak dia (Makcik Ani), bila aku salam ngan dia, mesti dia peluk aku, cium pipi kanan n kiri aku.. bila aku tengok Makcik Ani, hati aku terus jadi sebak, sayu.. air mata ni terus nak menitis bila dia peluk n cium aku.. cian Makcik Ani.. suami dah xde.. satu2nya anak yg boleh diharap pun dh xde jgk.. kepada siapa la dia nak bergantung harap kalo sakit demam.. skang ni hanya ada Wan dan Aina.. Wan tu xboleh diharap nampak gayanya.. hisap rokok, lepak ngan budak2 kampung.. harapkan Aina, dia baru tingkatan 1.. ya Allah.. sentiasalah lindungi Makcik Ani.. semoga dia sentiasa berada dalam keadaan sihat, selamat dan bahagia.. tempatkanlah arwah Ain dalam kalangan hamba Mu yg beriman dan solehah..

Arwah umi, cikgu yang mengajar aku subjek matematik waktu aku form 4 dan 5.. dia pindah ke sekolah aku waktu aku form 4.. kami sekelas semuanya rapat ngan arwah.. dia baik, penyayang, dan bersungguh2 mengajar kami.. sampaikan kami semua boleh score subjek dia.. waktu kami di tingkatan 5, dia pergi menunaikan haji di Mekah bersama suami dia.. bila blk dari Mekah, dia bgth kami, 'waktu kat mekah, umi berdoa pada tuhan, mtk supaya kamu semua boleh masuk universiti'.. aku masih ingat kata2nya tu.. rupa2nya doa nya didengar oleh Allah.. semua budak dalam kelas aku, xde sorang pun yang xmasuk universiti.. semua dpt smbg stdy di universiti.. ada yg dpt wat diploma, ada yg masuk u lepas matrik,ada yg masuk u wat ijazah lpas hbs wat diploma di politeknik.. dan waktu aku di matrik, aku dpt berita dia kemalangan semasa otw dia nak g mengajar.. dia koma.. kwn2 aku yg ada kt kelantan masa tu, semua pergi ziarah kat hosptal.. diorang ckp, 'umi teruk.. muka dia semua bengkak.. sampaikan kalo tgk, xcam tu umi..' aku yg dah nangis ni, lagi la x berhenti menangis.. ada yg stdy dkt2 ngan klntan, diorang sanggup blk utk tgk umi.. tp masa tu aku kat changlun, kedah.. 

Kdg2 aku rasa terkilan, sbb aku xdpt tgk mereka sebelum mereka dikebumikan.. rasa menyesal kdg2 singgah di hati ni.. tp apa boleh buat.. waktu aku dpt berita tntg kematian mereka,aku hampir dgn exam.. aku ingt lagi, aku dpt berita tntg arwah Ain dh xde pd mlm, lbh kurang kul 8.. aku ngah stdy kalkulus.. esoknya aku ada exam mid sem.. sambil nangis, sambil stdy.. tp apa yg aku baca, byk yg xmasuk drp yg masuk dlm otak.. emosi menguasai diri.. esoknya, tawakkal jer aku jwb exam.. alhamdulillah aku dpt markah lbh drp separuh.. 

Aku selalu mimpi arwah Ain.. xth kenapa.. maybe i miss her.. sampai terbawak2 dlm mimpi.. org kata, kalo kita mimpi org yg dh xde, kalo dlm mimpi tu dia bercakap, tu hanya syaitan, mainan tido semata2.. tp kalo dlm mimpi tu dia xbercakap, tu betul2 roh dia..roh dia dtg utk tgk kita buat apa.. ni pak sdare aku yg gtau aku hari tu.. 

Makin hari, makin ramai org yg aku syg, pergi tinggalkan aku.. arwah ayoh (datuk belah mak), arwah mek (nenek belah mak), arwah ayah long (suami arwah maklong), arwah maklong (mak sdare), arwah nenek (nenek belah abah), arwah poknik (adik abah), arwah Mak Wan (nenek sepupu aku), arwah Datuk (majikan abah aku), arwah umi (cikgu aku) dan arwah Ain (kwn baik aku).. tiap2 mlm aku sedekahkan surah al-ikhlas kpd mereka sblm tido.. xpernah aku lupa.. kerana tu jer yg aku mampu lakukan utk mereka  skarang ni.. semoga mereka terlepas dr seksaan kubur.. 

p/s: ya Allah, seandainya ajal aku dh sampai, matikanlah aku dalam keadaan aku beriman kpdMu, cukup lengkap semua anggota badan, ada jasad, mati di tempat2 yg baik.. permudahkanlah hembusan nafas aku yang terakhir ya Allah.. permudahkanlah proses sewaktu nyawaku ditarik dari jasad aku.. permudahkanlah proses pengkebumian jenazahku ya Allah.. amin.. 

Al-Jannah

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt.. selamat menunaikan solat asar..

Al-Jannah.. nyanyian Mawi... kami tertarik dengan lagu ni.. Kami?? saper?? aku, angah (abg ime) & kak fida.. td terdengar lagu ni kat radio thr pantai timur.. huhu


Al-Jannah

Bermula Satu Suara
Memuji Nama Baginda
Menyeru Setiap Ummah
Menyampai Seluruh Alam

Jadi Utusan Setiap Insan
Zaman Berzaman
Kitab Warisan
Jadi Pegangan

Terdengar Sayup Suara
Bergetar Tubuh Terasa
Memuji Tuhan Yang Esa
Memberi Rahmat Seluruh Alam

Nabi Junjungan Telah Sampaikan
Satu Seruan
Kitab Warisan
Jadi Amalan

Harapan Seorang Wanita

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt..

Lagu Air Pasang Pagi Versi Baru

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt..

Pernah tak korang nyanyi lagu Air Pasang Pagi waktu kecik2 dulu?? mesti pernah kan?? mcm tu la jgk ngan sorang budak ni... xde sape yg ajar dia.. cuma ada la kadang2 dia dgr mak sdare dia nyanyikan utk dia.. tp hari ni tetiber dia nyanyi lagu tu.. tp mmg kena gelak kuat2 ngan papa n maklang dia.. versi baru.. 

yang asal:
air pasang pagi surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam tepi batas
itik bertelur ayam menetas
encik baba jatuh dalam parit
cik aminah ketawa jerit2
.....

versi batrisya:
air pasar malam surut pukul lima
nyonya bangun pagi siram pokok bunga
pokok bunga melur tanam peti batas
itik bertelur ayam menetas
encik baba jatuh dalam parit
cik mainah ketawa jerit2
....

yang plg kelakar part 'pasar malam'.. dh xlarat nk gtau dia, bukan pasar malam.. tp pasang pagi.. dia masih lg nyanyi pasar malam.. adoii.. agaknya dia dgr aku nyanyi pasang tu pasar.. so kalo pasar, pasar malam laa.. yg dia selalu dgr, pasar mlm.. pasar pagi jrg dgr.. sbb beli lauk semua kat pasaraya..  bkn pasar pagi.. pasar mlm slalu dia pegi..huhu


Jewel In The Palace @ Dae Jang Geum

Dengan nama Allah swt.. Assalamu/alaikum wbt..

Jewel In The Palace ataupun tajuk sebenarnya Dae Jang Geum.. citer korea yg plg aku suka.. citer ni sgt2 melekat dlm hati aku.. walaupun citer ni citer lama, tapi aku sgt sukakannya.. jln ceritanya menarik.. membuatkan aku xjemu utk tonton.. aku sgt terpikat dgn watak hero citer ni, iaitu Dae Jang Geum (seorang perempuan).. Jang Geum lalui byk ssh n senang spnjg kehidupannya di istana.. drp menjadi seorang dayang di bahagian dapur, dia kemudiannya menjadi jururawat di atas kekejaman watak2 jahat yg inginkan dia jatuh.. huhu best sgt citer ni.. lagu tema dia pun best.. 

lagu tema citer tu:

ONARA
Korean lyrics:

Onara onara aju ona
Gadara gadara aju gana
Nanari daryeodo mot nonani
Aniri aniri ani none


Chorus:
He-i-ya di-i-ya heiyadara nino
Ojido mothana daryeo gama
Eiiya-diiiya eyanara niro
Ojido mothana daryeo gama


English translation:

Come! Come! Come for good 
(If asked to come, will he really come to stay?)
Leave! Leave! Leave for good 
(If asked to leave, will he really go away?)
Day after day of waiting, cannot be together
(Even if I wait forever, we still cannot be together)
No! No! It is not
(No, It is not meant to be)


Chorus:
heiiya-diiya heiiyadara nino
Since cannot come, take me 
(Since you cannot come here, take me there with you instead)

eiiya-diiya eiyadara niro

Since cannot come, take me 
(Since you cannot come here, take me there with you instead)









p/s: dah lama teringin nak pakai hanbook, pakaian tradisi korea.. suka bila boleh sorok tgn kat bwh baju tu.. haha mhl x eh?? nti keje, nk beli!!!