Followers

~Di saat hujan lebat~

Bismillah.. Assalamu'alaikum wbt...

Dalam suasana hujan yg lebat, selepas solat asar, pertama kali dengan seikhlas hati dan penuh mengharap, aku berdoa untuk kami.. mintak semoga Allah bukakan hati aku untuk terima dia sepenuhnya dan seadanya, mintak Allah timbulkan perasaan sayang untuknya dlm hati ni seandainya dia adalah jodohku.. minta supaya Allah permudahkan segala urusan kami dalam kami mencari kerja.. i don't know why.. petang ni tiba-tiba jer rasa nk berdoa untuk aku dan dirinya..

p/s: tak lama lagi sorang lagi kawan aku nak kawin... tahniah hawa.. 

p/s/s: teringat kata-kata mak suatu masa dulu.. 'kita orang yang tak lawa ni, jangan memilih.. kalau ada yang suka kita, cuba terima dia'.. uyo cuba mak.. tapi tak janji.. soal hati n perasaan ni bukannya boleh dibuat-buat.. 

p/s/s/s: semalam cuba buat sambal belacan resepi kak fida (dia guna lada/cili besar) & air pencicah untuk ikan pari bakar atau apa-apa jer ikan bakar (juga resepi dari kak fida, dia guna asam jawa).. alhamdulillah menjadi.. cuma abg ime ckp, kurang belacan sikit.. huhu xleh letak byk2 la.. letak sikit tu pun dh gatal satu badan.. ni x hilang lagi.. saya alergik la dgn seafood.. hehe


**********************************
Doa Perlindungan Dari Hasad Dengki & Menghapus Dosa

 
baca 10x selepas solat subuh, insyaAllah diampunkan 10 dosa kecil.. 
baca 3x setiap kali selepas solat, insyaAllah diri dilindungi dari hasad dengki.. 
selamat beramal..^_^