Followers

Again

Bismillah..

He contact me again.. hhmmmpphh... 

Aku cuba sedaya yang mungkin untuk tidak berhubung dengan dia. Selama ini, aku tak ada hubungi dia.. Kalau berhubung, mesti dia yang call atau sms aku dulu. 

Kerna ku tahu status dia sekarang.. Seorang suami, seoarang ayah.. Aku tak nak benda-benda buruk berlaku pada rumahtangga dia disebabkan aku.. Jadi, aku pilih untuk berdiam diri selama yang aku mampu.. 

Cinta pertama.. susah nak lupa.. mengenali dia, ada baik & buruk.. aku belajar banyak perkara.. baik & buruk.. semua pengalaman yang aku dapat selama aku kenal dia, aku jadikannya asam garam dalam kehidupan aku.. 

Tiba-tiba, out of sudden, setelah hampir 5 bulan tak berhubung, semalam, pagi-pagi lagi, aku baru sampai office, satu mesej whatsapp aku terima.. ditulis 'Assalamualaikum'.. Mesej itu ku baca dengan senyuman serta keluhan... senyuman yang membawa maksud 'dia ingat aku lagi'.. Keluhan itu kerana kadang-kadang aku tertanya-tanya 'ya Allah, kuatkah jodoh kami? Tapi dia suami orang. Apa semua ni?' Mesejnya ku balas 'Wasalam.. :)'.. Kemudian masing-masing menyepi..

Dan, sekali lagi, aku ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Malam tadi, aku delete nombor phone dia sekali lagi, aku tukar lagi nombor whatsapp, dengan harapan:

1) Dia tak dapat cari aku lagi. Biarlah hubungan kami berhenti sampai sini. Semoga dia sentiasa bahagia.

2) Andai kata nanti dia contact aku lagi, dengan kata lain, dia berjaya mencari nombor fon aku yang baru ni, aku rasa jodoh aku dengan dia sangat kuat. Tapi aku harap semua ni tak berlaku.. 

Ya Allah, hanya Kau yang tahu segala yang berlaku, siapa jodohku, apa yang ada dalam hati ini, kenapa aku susah nak terima orang lain, only You know..