Followers

Hidup Ini..

Assalamu'alaikum.. Bismillah..

Hhhmm bila tengok jam, dah pukul 12.30 malam.. 
Tak tahu nak buat ape.. mata masih tak mengantuk.. dengar mp3 lagu-lagu hindi..

Tetiba terasa sunyi.. kesunyian.. dalam bilik yang kecil ni.. kesorangan.. Ya Allah ya tuhan ku, sampai bilakah aku harus begini? menjalani kehidupan macam ni..? Sunyi.. Sangat-sangat sunyi.. Sampai menitiskan air mata tanpa aku sedari.. Air mata dah sebati dengan kesunyian yang aku rasa.. Bila mana ada rasa sunyi, di situlah air mata mengalir.. Tabah lah hati..

Antara sebab utama aku nak kahwin adalah untuk elak dari rasa sunyi.. Bila ada pasangan, sekurang-kurangnya kita makan berteman, tonton tv berteman, tidur berteman, berbual ada teman.. ini aku gelak pun sorang-sorang.. rasa pathetic sgt.. 

Ya Allah, Kau bagilah aku rasa kehidupan alam perkahwinan.. Ape aje masalah, dugaan yang Kau beri dalam rumahtangga aku, insyaAllah aku akan hadapi.. Asalkan Kau bagi aku seorang teman bernama suami.. 

Aku tak mintak banyak ya Allah.. Cukuplah dia seorang yang bertanggungjawab, ada agama, boleh terima aku n mak ayah aku mcm mak ayah dia, cukup lah.. Aku nak mintak lebih-lebih, aku tahu aku sendiri pun byk kurang.. 

Ya Allah, susahkah nak cari calon yang macam tu untuk aku? Ambil masakah untuk pertemukan kami? Tak pe, aku tunggu.. Aku akan tunggu.. Aku mampu tunggu untuk hari tu muncul..

Tapi kenapa aku mcm dapat rasa yang aku tak akan berkahwin? Kenapa aku ada rasa macam ni ya Allah? Tahi lalat di bahu tandanya banyak tanggungan.. Memang betul.. Sekarang ni pun aku tahu, aku banyak commitment yang perlu aku galas.. Ma, abah, adik aku nak kawin, adik bongsu aku, rumah yang masih lagi tak siap-siap.. Kalau bukan aku, siapa nak tanggung semua ni.. Aku x suka nak suruh abang kakak aku bagi duit.. kalau diorang nak bagi, biar diorang bagi sendiri tanpa paksaan.. Aku tahu, mereka pun banyak tanggungan.. Masing-masing ada keluarga.. Mereka pun kadang-kadang aku yang bantu.. Tak ape lah, tak kemana pun duit tu... Adik-beradik juga yang dapat.. Cukup lah  doa daripada mereka agar aku dapat bertemu jodoh yang baik-baik.. Aku tak harap balasan..

Ya Allah, andainya aku memang tiada berteman, Kau berilah mimpi-mimpi indah setiap malamku.. sekurang-kurangnya aku bangun esoknya dalam keadaan senyum.. Sekurang-kurangnya apa yang aku tak dapat nak merasa di alam nyata, aku merasanya di alam mimpi.. walau ianya hanya sekejap, itu dah cukup.. 

Kadang-kadang Kau beri aku mimpi yang tak ku duga.. walau ianya tak berapa nak masuk akal, dan aku pun tak berharap sangat ianya jadi kenyataan kerana aku tahu siapalah diri ini untuknya, tapi aku bahagia.. mimpi yang sekejap itu membuatkan aku bersemangat untuk terus berharap akan sebuah perkahwinan.. mimpi-mimpi indah itu membuatkan aku mampu untuk tunggu.. Ya, aku akan tunggu.. tunggu sehingga dia muncul.. tunggu sehingga sampai masanya Allah pertemukan kami.. dia.. dia yang bernama suami.. aku akan tetap menunggumu.. 

Semoga aku mampu mendukung anak sendiri one fine day.. 

No comments:

Post a Comment