Followers

HC a.k.a Hikayat Cinta

Suka sangat baca novel ni kat http://novelratu.blogspot.com/

tajuk dia Hikayat Cinta. tapi yg bestnyer, sebelum penulis bercerita tntg cerita ni, dia akan bg satu kata2 yg aku suka. boleh dikatakan setiap entry HC atau setiap episod HC, akan ada satu kata2 drp buku HC yg ada dlm citer tu. kdg2 kata2 tu diletak atas skali. kdg2 dibawah skali. senang citer, tajuk novel ni sempena satu buku yg ada dlm citer ni yg bertajuk HC. aku dh hbs baca smpai episod latest. harap2 cpt la penulis ni nak masukkan entry baru. rasa nk p cari jer buku ni kat kedai. dh ada rasanya. anyway, thanks to Ratu Bulan @ Nurfa. hehe ni antara kata2 HC:

Jangan memandang ke bawah untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.

Memori adalah kenangan abadi, tidak kira ianya memori pahit ataupun manis, ia tetap menjadi petunjuk bagi seseorang untuk melangkah maju pada masa hadapan. Tapi adakalanya memori akan membunuh kejayaan seseorang untuk maju ke hadapan.

Jika esok, telah ditakdirkan dia milik orang lain, aku tetap akan tersenyum seperti selalu. Cinta tak semestinya milik kita sorang sahaja. Kadang-kala kita perlu berkongsi cinta dengan orang lain yang juga layak memilikinya.

Melepaskan bukan bermakna kalah, tapi bermulanya sebuah cerita kebahagiaan.

Kadang-kala kita tak dapat benda yang kita kejar selama ini. Kita berputus asa. Kita melupakannya. Namun begitu, tanpa kita sedari, ianya mengejar kita suatu hari nanti.

Take the first step in faith. You don't have to see the whole staircase, just take the first step.- Martin Luther King Jr.


No comments:

Post a Comment