Followers

Ku bersyukur padaMu ...

tadi g libry, tirah n azreen citer pasal sorg student ukm yang meninggal pada hari jumaat, hari terakhir exam sebelum nak balik raya haji baru2 ni. sedih sangat citer ni. sedikit sebanyak yang aku ingat ape yang diorang citer adalah, dua orang kawan, nak balik kelantan. dua-dua dari FPI. yang sorang ni ada kete kancil. Selalunya yg ada kete ni balik kelantan ngan kete dia, tapi budak laki yang drive. tapi kali ni dia rasa nak bawak sendiri kete tu. kawan dia yang sorang lagi tumpang skali. dah dekat gua musang sah, xtahu la camaner, dh memang tertulis semua ni akan berlaku, si driver ni nak memotong, tapi xlepas, berlanggar ngan trailer. kete kancil dia tu masuk bawah trailer tu. kawan dia yang menumpang tu mati. yang si driver tu teruk jugak. patah kat 5 tempat. fuhh mintak jauh la dari semua ni terjadi kat aku dan ahli keluarga ku serta kawan2 aku. sadis sgt bila dengar. then tadi diorang citer, si mati tu, family dia miskin sangat. ayah dah xde. anak sulung daripada 9 beradik. mak keje sebagai penoreh getah. ni link yang boleh tengok keadaan rumah arwah. sedih2.

http://kasturi89.wordpress.com/2010/11/26/gamis-mohon-ihsan/

bila baca kat link tu, ya Allah, rasa bersyukur sangat aku dilahirkan dalam family aku skang. walaupun xkaya, xberharta, tapi masih mampu nak membeli keperluan umah, nak beli ape2 jer yang perut ni rasa nak makan, mampu g jalan2. sedangkan keluarga arwah, peralatan barang elektrik pun xde. yang ada hanya sebuah radio yang dah usang. umah dia besar la jugak, tapi kosong tanpa perabot. kesiannya ya Allah. tabahnya mereka menghadapi hidup ini walaupun diberi dugaan yang sebegitu hebat dari Allah. betullah orang2 kata, kalo kita rasa kita berharta, senang, ada lagi sebenarnya yang lagi berharta dan senang dari kita. begitulah jugak sebaliknya. kalo rasa diri kita susah, ada lagi yang lagi susah daripada kita. bersyukurlah dengan apa yang kita ada. ya Allah, permudahkanlah jalan hidup keluarga arwah. murahkanlah rezeki kepada keluarga arwah. semoga ada insan2 yang berkemampuan yang akan menolong keluarga arwah. semoga perjalanan hidup ibu dan adik-adiknya bertambah baik selepas ini. Al-Fatihah untuk arwah. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba2Mu yang solehah dan beriman. Amin.

Hinanya kita diuji dengan nikmat kesenangan, 
dikala Allah memuliakan mereka yang sabar dalam ujian kekurangan..

1 comment:

  1. orang pun sedih gak kin..org dh bce masa minggu lepas kalau xsilap..semoga Allah menempatkan arwah bersama golongan2 yg beriman..amin

    ReplyDelete