Followers

Tentang Dhia

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt...

Skang ni, setiap hari isnin - khamis, kul 7 mlm, aku mesti terpacak kat dpn tv.. haha xdela terpacak..duk kat ats sofa.. layan citer si Dhia tu la.. a.k.a Tentang Dhia.. hemm aku suka citer tu.. byk pengajaran yg aku dpt, yg aku boleh jadikan iktibar.. setiap watak utama dlm citer tu mempunyai perwatakan yg berbeza yg sgt aku suka.. memberi byk mesej yg berguna pd aku.. antaranya adalah: 

Dhia & Azmi - mereka kenal sejak sekolah.. mereka slg suka, syg dan cinta antara satu sama lain sehinggakan mereka ambil keputusan utk kawin.. tp jdh xmenyebelahi mereka.. pada saat ingin melafazkan akad, datangnya org ketiga yg menyebabkan mereka xjadi kawin.. pengajaran yang aku dpt dr sini adalah, kalo mmg dh tertulis seseorang itu bkn milik kita, kita xkan dpt memilikinya walaupun kenal sudah lama, walaupun hanya beberapa minit lagi utk dia menjadi milik kita. kalau ianya bukan seperti ape yg Allah hendaki, ia xkan berlaku.. 

Dhia & Zikir - mereka kenal hanya sekejap.. zikir jatuh cinta pd Dhia bila pertama kali lht Dhia di saat dia kehilangan sahabat baiknya.. cinta pndg pertama.. terus dia berhasrat ingin jadikan Dhia sbg isterinya.. akhirnya mereka berkahwin.. pengajaran yg aku dpt adalah, tempoh perkenalan itu tidak penting.. seandainya dia yg Allah ciptakan utk kita, pasti dgn sekelip mata Allah boleh tumbuhkan benih kasih, syg, rindu dan cinta dlm hati ini utk dia.. kuasa Allah.. xde siapa boleh halang.. 

Azmi - wataknya sgt baik.. boleh dikatakan lelaki yg soleh.. tp dia selalu menjadi mangsa keadaan.. dia diperangkap oleh Melly.. dikatanya tidur bersama.. kemudian dia terpaksa berkahwin dgn Melly gara2 Melly berkata anak dlm kandungannya adalah anak Azmi.. kemudian dia menjadi mangsa Melly sekali lagi bila polis menjumpai dadah dlm begnya yg sebenarnya milik Melly.. pengajaran yg aku dpt: semakin kita dkt dgn Allah, semakin Allah bg dugaan pd kita utk lht sejauh mana kita mpu hadapinya.. jika dilihat, mcm xsepatutnya semua tu berlaku pd Azmi.. sbb dia xslh pape.. xpernah wat slh.. tp dia terpaksa lalui semua tu.. inilah yg dikatakan nasib.. kita xdpt baca apa nasib kita pd esok hari, lusa, minggu dpn, atau pun 10 tahun akn dtg.. nasib sentiasa berubah2.. tp kita mampu berdoa utk mengubahnya kpd yg lbh baik.. 

Dhia - dia sukar utk kecapi kebahagiaan.. byk penderitaan yg dihadapi sebelum dia menemui kebahagiaan yg sebenar.. pengajaran yg aku dpt: setiap yg berlaku tu ada hikmahnya.. Allah bg kesedihan skrg, insyaAllah kita akn dpt kebahagiaan yg berlipat ganda di kemudian hari.. Allah akan temukan kita dgn beberapa org yg slh sblm temukan kita dgn org yg sebetulnya menjadi mlk kita.. supaya setiap pengalaman dan pengajaran yg kita peroleh drp org2 yg slh itu dpt menjadi bekalan dan tauladan kpd kita, supaya ianya xberlaku lagi disaat kita dh jmpa org yg betul2 jd milik kita.. bersabarlah.. langit xselalunya mendung.. dlm hujan yg turun, kdg2 ada pelangi indah disebaliknya.. 


p/s: alhamdulillah puasa ganti dh hbs.. tgl puasa nazar je.. rs mcm nk start minggu dpn.. sbb aku bernazar nk puasa 7 hr berturut2.. hrp2 semuanya berjalan lancar.. permudahkan semuanya ya Allah.. aminn..

No comments:

Post a Comment