Followers

Syukur ya Allah...

Aku memanjat seribu kesyukuran kepadaMu ya Allah kerana akhirnya aku dapat jugak tempat untuk buat LI. Gembira tak terkata apabila aku dapat tahu yang aku dapat. Alhamdulillah. Terima kasih juga kepada Abg Piji. Kalau bukan dia yang mesej aku kelmarin, aku tak tahu pun yang pihak KWSP anta respon melalui email. Ingatkan diorang bagi respon kat surat atau telefon. Yela aku mana ada internet kat umah. Nasib baik kelmarin kaklong keje. So aku suruh la dia tolong check email aku. Huhu Semoga Abg Piji pun akan dapat tempat LI secepat yang mungkin. Amin. Aku gtau abah yang aku dapat kat KWSP Kuala Krai. Abah cakap, takpela nanti tiap2 pagi abah g anta n g ambik tiap2 petang kalau abah tak g keje jauh. Huhu alhamdulillah murah rezeki lagi. Jimat duit kalo abah anta. Kalo g ngan teksi, RM3.50 pergi, RM3.50 balik. Dah RM7. Belum campur makan minum lagi. Alamatnya kena bajet RM10 sehari la jawabnya. Kalo abah anta, minyak motor RM3 je sehari. makan RM2, so bajet dalam RM5-RM6 jer sehari. lau 3 bulan, kena bajet dalam RM500 je. memang banyak sangat jimatnya kalo abah anta n ambik. Hehe apa2 pun, terima kasih ya Allah di atas segala nikmat kesyukuran yg Kau beri padaku. 

No comments:

Post a Comment