Followers

Malam Lailatul Qadar

Dengan nama Allah swt.. Assalamu'alaikum wbt & selamat berpuasa..

alhamdulillah, kita dh berpuasa lbh dr stgh bulan.. maknanya dh melepasi 15 hari.. itu tandanya, kita makin menghampiri satu malam yang sgt manusia ingin jumpa, iaitu malam lailatul qadar.. seperti yg semua sudah maklum, malam lailatul qadar adalah pada 10 malam terakhir di bulan ramadhan.. jadi, aku ingin berkongsi sesuatu disini, yang mana aku harapkan ia adalah benar, dan semoga kita semua berjumpa dengan malam yang dicari2 itu.. aku dapat benda ni dr sebuah buku lama milik abah aku.. rasanya entry sblm2 ni aku ada sebut psl buku tersebut. 

mula2 bila baca dlm buku tu, aku xphm sbb istilah2 lama yg digunakan.. mcm likur.. so, aku jd keliru.. 9 likur tu aku jd xpasti sm ada 19 atau 29.. tapi bila sem lps aku blaja subjek Sejarah dan Falsafah Sains Matematik,  baru aku tahu istilah2 yg digunakan dalam buku tersebut. rupanya setiap ilmu yg kita pelajari, ada gunanya. kalo xguna sekarang, kita akn guna di masa akn dtg.. betul x?? hehe ok, ni dia info yg aku nak share..

'Kata Imam al-Ghazali dan lainnya bahawasanya telah diketahui lailatul qadar itu dengan awal Ramadhan, maka jika diawalnya itu ahad atau rabu, maka iaitu pada malam yang kesembilan likur dan jika diawalnya itu isnin maka iaitu pada malam yang ke dua puluh satu dan jika diawalnya itu selasa atau jumaat maka iaitu pada malam yang ke dua puluh tujuh dan jika diawalnya itu khamis maka iaitu pada malam yang ke dua puluh lima dan jika diawalnya itu sabtu maka iaitu pada malam yang ke dua puluh tiga.'

kalo cari kat internet psl lailatul qadar ni, kita jumpa byk pendapat. jadi akn timbul kekeliruan yg mana betul, yg mana salah. tp bila aku jumpa buku ni, aku rasa buku ni betul. mula2 aku ragu2 jugak. tapi bila pada hari raya aidilfitri tahun lepas, aku tergerak hati nk tanya pasal lailatul qadar ni pada atuk aku, then aku tahu buku ni betul.

atuk aku ni atuk belah abah. dia ni dulu2 tok guru silat. dia ni banyak ilmu batin. cnthnya, kalo waktu ujan turun lebat bersama kilat, guruh, petir, kalo dia baca satu ayat tu, guruh, kilat dan petir yang ada kat kwsn umah kami akn hlg. biasa la, org tua dulu2, byk menuntut ilmu2 yg mcm tu.. utk pertahankan diri, keselamatan, dll.. 

malam raya aidilfitri tahun lepas

aku: atuk, nak tanya sikit boleh x??
atuk: boleh.. tanya ape?
aku: pasal lailatul qadar.. atuk, betul x lailatul qadar tahun ni pada malam yg ke 29?? (sbnrnya aku teka jer 29.. sbb ms tu konfius 29 atau 19)
atuk: ya..tahun ni lailtul qadar pd mlm yg ke 9 likur.. (dlm ht aku, 'oo betul la.. sm mcm dlm buku.. dlm buku, dia tls 9 likur jgk..')
aku: oo jadi betul la buku tu.. uyo jumpa satu buku lama.. dia ada ckp psl lailatul qadar.. mcm mana atuk tahu mlm yg ke 29 tu mlm lailatul qadar?? 
atuk: sepanjang 10 malam yang terakhir bulan ramadhan, atuk tak tidur mlm. wat ibadah. wat smyg sunat.. berzikir.. sambil2 nak tunggu lailatul qadar. dan pada mlm yg ke 29 tu, pada malam tu, atuk nampak kwsn umah ni terang sgt.. smpaikan atuk boleh bilang berapa bilangan pokok kelapa kat dpn umah Mek Nab (jiran kami).. bersinar2 cahaya..  malam tu angin pun lain macam jer.. atuk nampak pokok2 semua tunduk.. mcm kita ruku' dan sujud.. dari dulu lagi, kalo 10 mlm terakhir, atuk mmg xtido mlm.. lps subuh br atuk tido.. 
aku: kiranya atuk jumpa la mlm lailatul qadar?
(atuk aku senyum jer..) 

itulah kisahnya.. cuma satu jer aku lupa nak tanya atuk, tanda2 mcm yang atuk lihat (pokok tunduk, terang benderang) tu, semua org ke boleh lihat?? ke org2 yg alim jer yg boleh nmpk?? huhu.. wallahua'lam.. harap2 info dlm buku ni betul.. tapi, xsalah kita mencuba.. kot2 la betul dpt jumpa malam lailatul qadar.. kalo jumpa, alhamdulillah.. gunakan sebaik yang mungkin mlm tersebut..

ni la buku tersebut

tulisan jawi lama.. huruf dia bersambung2..

No comments:

Post a Comment